MASA depan Harry Kane menjadi topik perbualan hangat di bibir semua pihak berikutan kekalahan Tottenham Hotspur 1-2 kepada Aston Villa awal pagi tadi.
Namun pengurus sementara Spurs, Ryan Mason lebih peduli dengan keputusan itu yang meletakkan harapan Spurs untuk ke Eropah semakin terkubur
Penyerang berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan dan mahu mencari angin baru untuk kariernya.
Terdahulu, Kane telah mengemukakan hasratnya untuk berhijrah dari kelab utara London itu selepas kelabnya gagal menempatkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Bagaimanapun, Kane hanya terbuka untuk berhijrah ke kelab di dalam Liga Perdana Inggeris sahaja.
Keputusan itu menyaksikan rata-rata gergasi England mengintai peluang untuk mendapatkan sentuhan berbisa penyerang tinggi lampai itu.
Kekalahan terbaharu 1-2 di London itu menyebabkan mereka tergelincir ke tempat tujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki satu perlawanan lagi.
Kane bagaikan memberi banyangan kepada 10,000 peminat yang menyaksikan perkawanan itu dengan mengelilingi stadium sejurus wisel penamat ditiup.
Bagaimanapun, Mason berpendapat ini bukan masanya untuk mengulas tentang spekulasi yang mengaitkan dengan penyerang England itu.
“Saya rasa ini bukan waktu sesuai untuk menjawab soalan mengenai Harry Kane.
“Kami baru sahaja kalah dalam EPL. Saya akan bercakap mengenai perlawanan hari ini tetapi bukan mengenai individu,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, Spurs terlebih dahulu di depan menerusi jaringan menakjubkan Steven Bergwijn.
Namun kealpaan tuan rumah dan pertahanan goyah menyaksikan pemain pertahanan, Sergio Reguilon tertampan bola ke gawang sendiri sementara Ollie Watkins menyudahkan satu peluang terhidang sebelum tamat babak pertama.

“Kami memulakan permainan dengan baik, cuma kami tidak bernasib baik ketika dibolosi gol pertama dan lawan juga tidak sepatutnya mendapat gol kedua.
“Kami perlu mengekalkan disiplin di atas padang. Kadang-kadang kami kehilangan rentaknya. Ini adalah tentang berusaha untuk tetap sabar dan tenang. Villa melakukan serangan balas dan ia sering menjadi ancaman. Ini adalah satu malam yang mengecewakan,” katan Mason.
Baca artikel berkaitan: Solskjaer enggan komen spekulasi bawa Kane ke Old Trafford
The Lilywhites bakal mengakhiri kempen musim ini berdepan juara Piala FA, Leicester City Ahad ini.
MASA depan Harry Kane menjadi topik perbualan hangat di bibir semua pihak berikutan kekalahan Tottenham Hotspur 1-2 kepada Aston Villa awal pagi tadi.
Namun pengurus sementara Spurs, Ryan Mason lebih peduli dengan keputusan itu yang meletakkan harapan Spurs untuk ke Eropah semakin terkubur
Penyerang berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan dan mahu mencari angin baru untuk kariernya.
Terdahulu, Kane telah mengemukakan hasratnya untuk berhijrah dari kelab utara London itu selepas kelabnya gagal menempatkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Bagaimanapun, Kane hanya terbuka untuk berhijrah ke kelab di dalam Liga Perdana Inggeris sahaja.
Keputusan itu menyaksikan rata-rata gergasi England mengintai peluang untuk mendapatkan sentuhan berbisa penyerang tinggi lampai itu.
Kekalahan terbaharu 1-2 di London itu menyebabkan mereka tergelincir ke tempat tujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki satu perlawanan lagi.
Kane bagaikan memberi banyangan kepada 10,000 peminat yang menyaksikan perkawanan itu dengan mengelilingi stadium sejurus wisel penamat ditiup.
Bagaimanapun, Mason berpendapat ini bukan masanya untuk mengulas tentang spekulasi yang mengaitkan dengan penyerang England itu.
“Saya rasa ini bukan waktu sesuai untuk menjawab soalan mengenai Harry Kane.
“Kami baru sahaja kalah dalam EPL. Saya akan bercakap mengenai perlawanan hari ini tetapi bukan mengenai individu,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, Spurs terlebih dahulu di depan menerusi jaringan menakjubkan Steven Bergwijn.
Namun kealpaan tuan rumah dan pertahanan goyah menyaksikan pemain pertahanan, Sergio Reguilon tertampan bola ke gawang sendiri sementara Ollie Watkins menyudahkan satu peluang terhidang sebelum tamat babak pertama.
“Kami memulakan permainan dengan baik, cuma kami tidak bernasib baik ketika dibolosi gol pertama dan lawan juga tidak sepatutnya mendapat gol kedua.
“Kami perlu mengekalkan disiplin di atas padang. Kadang-kadang kami kehilangan rentaknya. Ini adalah tentang berusaha untuk tetap sabar dan tenang. Villa melakukan serangan balas dan ia sering menjadi ancaman. Ini adalah satu malam yang mengecewakan.”
The Lilywhites bakal mengakhiri kempen musim ini berdepan juara Piala FA, Leicester City Ahad ini.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram