Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki sebuah kereta BMW berwarna biru untuk prosiding pendakwaan.

Kedua-duanya dituduh dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Pasangan ini dilihat meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi selepas membayar wang jaminan.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.