103 kematian
Seramai 103 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga kedua tertinggi pernah dicatatkan. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

Kes jangkitan terus meningkat dengan mencatatkan lebih 40 kematian hampir setiap hari. Namun menyedihkan rakyat Malaysia berterusan ingkar akan arahan SOP yang dikeluarkan kerajaan. Malah jika dilihat pada posting laman sosial, reaksi yang ditinggalkan ada kalanya berbaur jenaka dan melihat Covid-19 seolah-olah agenda yang diwujudkan pihak tertentu.

Selebriti media sosial, Khairul Abdullah atau lebih dikenali dengan gelaran Superdaddy menyeru rakyat Malaysia agar lebih cakna dengan wabak Covid-19.

Malah dia turut merayu supaya semua untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan walaupun dalam hati penuh bersarang kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman.

Ikuti perkongsiannya.

“Kat kampung aku dah ada orang mati sebab covid ni.

Kawan-kawan aku pun ramai dah kat kampung depa orang mati sebab ni. Benda ni dah makin dekat dengan mak ayah kita kat kampung. Takut weh.

Tapi, masih ada yang curi-curi balik kampung. Masih ada yang anggap benda ni tipu-tipu. Geng antivaksin pulak dok buat cerita macam-macam sampai mak ayah di kampung pun terpengaruh taknak cucuk. Padahal depa tu orang tua yang berisiko tinggi.

Katil ICU di hospital dah penuh dah. Peti sejuk bilik mayat pun dah penuh. Semalam tunjuk kat tv depa siap kena sewa kontena sejuk beku untuk tempatkan mayat.

GAMBAR ICU yang dikongsikan Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebook beliau hari ini. Foto FACEBOOK Noor Hisham Abdullah

Dengar khabar doktor pun dah ramai give-up. Yang kata nak resign pun ada sebab dah tak sanggup lagi. Frontliners dah diperah habis dah tenaga depa, tak bermaya lagi dah.

Kita tak nak belajar langsung dari India ke?

Meraung-raung orang depan hospital merayu minta selamatkan ahli keluarga depa. Berebut-rebut nak beli tangki oksigen. Doktor ramai yang berhenti sebab tak sanggup lagi dah.

Kita ada duit ke nak beli tabung oksigen untuk ahli keluarga kita? Simpanan pun ciput atau takde langsung.

Takutlah sikit weh.

Kes mencanak-canak naik. Kerajaan pula kata masih ok.

Katil ICU dah penuh, masih ok lagi jugak kot.

Entahlah.

Siapa yang kita nak harapkan untuk bendung kes ni?

Kitalah. Takde siapa. Kita dan keluarga kita.

Tak payahlah bagi orang datang rumah. Kita pun tak payahlah dok pergi rumah orang. Keluar jika perlu, tak payah lah bawak anak-anak kecil ke sana ke mari.

Tak payahlah gatal-gatal nak pergi ke sana sini. Tak payah curi-curi balik kampung sampa rentas negeri bagai. Yer kita semua ada mak ayah, dah tua, tak sihat, kita rindu, depa rindu yer semua rindu.

Tapi berbaloikah risikonya?

Kita doa banyak-banyak untuk mak ayah kat kampung. Kita call selalu, video call selalu, kirim selalu benda-benda perlu. Poslaju, courier servis boleh tolong.

Kita di sini jagalah diri dan keluarga.

Yang dah dapat tarikh vaksin tu pergilah. Kalau taknak pergi kau cancel segera. Bagi peluang kat orang lain yang nak. Kalau kau geng anti-vaksin, tolonglah, kali ini kau diam-diam sudah. Bila pandemik ni dah tamat, kau meroyan lah balik.

Yang dah vaksin pun, itu bukan tiket untuk kau berjimba ke sana-sini. Duduk diam-diam dan tetap jaga SOP.

Covid variant baru ni lagi dasyat weh. Takde simptom apa pun, test pun negatif tapi terus dia attack paru-paru sampai membawa maut.

GAMBAR: Abd Razak Aid

Kamonlah, benda serius ni.

Jagalah diri dan keluarga kita sebaiknya.

Taknak lah jadi macam cerita-cerita dalam filem tu. Nanti semua orang berbunuh-bunuhan sesama sendiri demi secebis makanan dan juga sebotol vaksin.

Nauzubillah. #superdaddy.”

Sumber : Khairul Abdullah