SOLIDARITI…Walaupun jauh beribu batu, namun ia tidak langsung menyekat semangat seluruh negara bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang dizalimi rejim zionis.
Apa sahaja cara ditonjolkan rakyat Malaysia tidak kira sama ada dengan wang ringgit atau menzahirkan sokongan menerusi media sosial.
Cahaya lampu berwarna Bendera Palestin menerangi Menara Kuala Lumpur, ia sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Beberapa mercu tanda di Lembah Klang turut tidak ketinggalan bersama-sama berkongsi kesedaran betapa pentingnya untuk terus prihatin dengan nasib menimpa rakyat Palestin.
Menara Kuala Lumpur yang juga merupakan antara menara telekomunikasi tertinggi di dunia mula dilimpahi cahaya bendera Palestin selama seminggu sehingga Sabtu ini.
Cahaya lampu berwarna merah, hijau, hitam dan putih menerangi Bangunan Lembaga Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, ia sebagai simbolik bagi warna bendera Palestin tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Cahaya berwarna hijau, putih, merah dan hitam turut kelihatan di Menara Tabung Haji yang juga merupakan antara bangunan ikonik di ibu kota.
Turut tidak ketinggalan bersama-sama bersolidariti adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang melimpahkan bangunannya dengan lambang kemegahan Palestin itu.
Bangunan Wisma MBSA yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam itu mula disinari bendera Palestin sejak Isnin lalu bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Bangunan MBSA Shah Alam dilimpahi cahaya lampu berwarna merah, hijau, hitam dan putih sebagai simbolik Bendera Palestin dan ia menunjukkan tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu.
GAMBAR: Abd Razak AidCahaya lampu berwarna Bendera Palestin menerangi Menara Kuala Lumpur, ia sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu.