makan bunuh
Pihak berkuasa menggali ruang rumah suspek yang dipercayai menjadi tempat mangsa ditaman. Gambar: Agensi

DIA bukan sahaja membunuh 30 wanita dan menyimpan nama-nama mangsanya, malah memakan mereka sebagai hidangan selama 20 tahun dengan mengamalkan kanibalisme sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa Mexico Sabtu lalu, lapor agensi berita tempatan.

Lelaki kejam itu dikenali sebagai Andres Filomeno, 72, telah ditahan di bandar Atizapan de Zaragoza kira-kira pukul 8 malam susulan penemuan menggemparkan bahagian badan seorang wanita yang bergelimpangan di atas meja di dalam rumahnya.

Memetik laporan akhbar tempatan negara itu, Telediario, belang lelaki itu terbongkar selepas pihak polis ke rumah suspek bagi menyiasat satu laporan kehilangan seorang wanita sebelum menemui mayat yang dikerat-kerat di atas meja.

Selepas disoal siasat Filomeno (Gambar) mengaku telah membunuh sekurang-kurangnya 30 wanita dalam tempoh 20 tahun.

Dia juga menyimpan senarai nama kesemua mangsanya di dalam sebuah buku nota.

Warga emas itu turut mengakui hidup dengan memakan bahagian mayat mangsa-mangsanya dan pihak berkuasa turut menemukan sekurang-kurangnya lima rangka manusia tertanam di bawah tanah rumah suspek.

Baca artikel berkaitan: 7 pegawai perubatan didakwa terlibat rancangan pembunuhan Maradona

“Kami menemukan satu ruangan bawah tanah yang dibuat oleh suspek. Ia dipenuhi dengan rangka dan cebisan badan manusia.

“Suspek ada menulis nama sekurang-kurangnya 29 wanita. Setakat ini kami sudah menemui beberapa barangan peribadi wanita di rumah suspek, termasuklah kad pengenalan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Oktober 2016 bernama Flor Nineveh,” kata pendakwa raya, Dilcya Garcia.

Garcia turut tidak menolak suspek sama turut terlibat dalam kes kehilangan Rubicella Gallegos Castillo pada Julai 2019.

Suspek juga dikatakan mempunyai perangai pelik iaitu tidak boleh menerima dengan sebarang penolakan daripada wanita muda dan cantik, sebelum bertindak menculik dan membunuh mangsa.

Suspek kini ditahan Penjara Tlalnepantla atas tuduhan membunuh Reyna N yang kali terakhir dilihat masih hidup adalah pada 14 Mei lalu semasa dia keluar membeli-belah sebelum bertemu dengan suspek.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram