Buntu tidak tahu menu apa yang ingin dihidangkan hujung minggu ini? Pilihlah menu yang mudah seperti resipi ayam pandan ini. Selamat mencuba!

BAHAN
300 gm isi ayam bahagian dada
3 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 cm halia
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
Daun pandan
CARA
1.Bersihkan ayam, buang kulit dan potong kiub. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul bersama ayam. Perap selama satu malam.
2.Balutkan ayam dengan daun pandan. Pastikan ayam diikat dengan kemas supaya apabila digoreng, balutan tidak tertanggal atau tercabut.
3.Panaskan minyak, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Angkat dan tuskan. Hidangkan.

cef omar
Resipi: Cef Omar Md Noor