autisme

Autisme, mereka bukan gila, bukan tidak waras, namun mereka anugerah Allah yang cukup istimewa. Khairul Azwan menerusi penulisan di laman Facebook miliknya cuba membawa pembaca bersama dalam melayari kehidupan dan merasai sendiri perspektif pesakit autisme.

Sukar untuk menemui logik dalam tingkah laku golongan ini, namun setiap apa yang diaturkan Allah punya hikmah tersembunyi. Cuba selami sejenak perkongsian ini, tutup mata dan rasai sendiri. Dan lihat apa persamaan yang ada pada anak-anak autisme lain yang mungkin sukar untuk meluahkannya menerusi kata-kata.

Mereka hidup dalam dunia penuh magis dan hanya insan bertuah yang diberi peluang untuk menjaga anak-anak syurga ini.

“My autisme dan adhd life

Hai im Khai autisme n adhd dewasa. Salam 9 syawal semua, hari ni Khai self kuarantin jadi dengan izin Allah Khai bole bercite tentang pandangan autisme pada manusia dan pada alam jugak yang mungkin adik-adik autisme lain saksikan.

Seperti post Khai yang lepas, Khai bercite pasal pandangan kami terhadap haiwan, burung, serangga dan hidupan laut. Hari ni dengan izin Allah,(kenapa I cakap dengan izin Allah, sebab banyak post Khai tergantung tak lepas nak share, bagi I yang tu Allah tak izin). Khai dah sedia untuk share dengan semua tentang pandangan kami pada manusia/orang. I dapat lihat aura spiritual dorang.

Alhamdulillah, kami diberi anugerah untuk melihat sejauh mana ikhlasnya hati orang itu, baik dan buruk orang itu. Orang kami nampak biasa saja, tapi kami boleh membezakan sama ada benar-benar orang baik, buruk atau makhluk halus yang menyamar melalui aura positif dan negatif seseorang. Mungkin sebab kami ni mudah dipengaruhi, sebab tu dikurniakan kelebihan ni.

Macam I, I boleh bezakan semua tu ,aura biru dan hijau untuk orang yang baik dan positif, aura hitam dan koko gelap untuk orang jahat dan merah untuk makhluk halus menyamar. Jadi jangan la tipu kami, ikhlas atau tak kami tau, orang atau bukan pun kmi tau.

Sekarang kat KL musim hujan kan, sekarang kat rumah I pun hujan beserta kilat sabung menyabung. Kilat pada pandangan I besar sangat, sebesar pohon kelapa sawit tau, menakutkan kan, I pun takut, kalau kilat I lari sembunyi.

Hujan tak pe, hujan cantik macam diamond turun dari langit, Subhanallah. Angin pun cantik bersinar-sinar, Asap pun cantik bersinar-sinar juga. I suka tengok asap kereta, asap orang bakar sampah, bakar ayam, bakar sate dan macam-macam asap lagi la. Asap halau nyamuk tu pun I suka tengok juga. Tornado /angin puting beliung dalam tv tu pun bagi I cantik masa dia pusing tu colourfull.

My bro pernah cakap kalau ada kat sini ko lari tak, I jawab tak I tengok je dia sampai hilang. Sebab I tak boleh tengok benda yang berpusing, memang I berhenti tengok, paling I suka kat kedai dobi layan diri ,roda kereta dan kipas.

Cuba korang tutup mata dan bayangkan yang I cerita ni. Cantikkan. Alhamdulillah, anugerah Allah.

Maaf la kalau penulisan I agak terabur dari biasa. Hari ni I tak makan ubat so fokus tu agak hilang.

KAMI BUKANNYA GILA, BUKAN TAK WARAS TAPI KAMI ISTIMEWA.

Komen yang tak buat i down ok.#Myautismelife.”

Sekadar info, autisme adalah masalah perkembangan kompleks dan melibatkan interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulang dan ia bukan sebuah penyakit fizikal.

Punca masalah autisme datang dari masalah genetik dan perlu mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat pakar.

Sumber : Khairul Azwan