Sebahagian daripada mangsa yang cedera dalam kemalangan LRT malam tadi. - Gambar MEDIA SOSIAL

SERAMAI 47 penumpang parah, manakala 166 lagi mengalami cedera ringan dalam kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berlanggar di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komosioner Mohamad Zainal Abdullah yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain di Lembah Klang untuk rawatan lanjut.

Katanya, terdapat seramai 213 penumpang dalam tren yang berlanggar dengan sebuah tren lain di laluan LRT Kelana Jaya berkenaan.

BERITA BERKAITAN [VIDEO] LRT Laluan Kelana Jaya alami kemalangan, video tular

Sebahagian daripada mangsa yang cedera dalam kemalangan LRT malam tadi.

“Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 8.45 malam tadi di dalam terowong membabitkan sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji,” katanya.

Terdahulu beberapa video tular di media sosial menunjukkan beberapa orang penumpang berada dalam keadaan terkejut dan trauma dengan ada yang mengalami kecederaan sambil mengerang kesakitan.

Sesetengah penumpang dilaporkan terpelanting dari tempat duduk dan ada yang cedera parah di kepala akibat terhantuk pada cermin kaca.

RapidKL memaklumkan tren LRT yang terbabit dalam kemalangan itu melibatkan tren nombor 40 dan 81 tetapi setakat ini tiada maklumat terperinci bagaimana nahas itu berlaku.

Sebahagian daripada mangsa yang cedera dalam kemalangan LRT malam tadi.

“Pasukan kami telah digerakkan bagi memberi pertolongan dan bantuan menyelamat ketika ini, harap semua bertenang dan mengikut segala arahan,” kata kenyataan RapidKL di twitternya malam tadi.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.

Sebahagian daripada mangsa yang cedera dalam kemalangan LRT -Gambar MEDIA SOSIAL
Sebahagian daripada mangsa yang cedera dalam kemalangan LRT malam tadi.
KERJA-KERJA menyelamat sedang dijalankan pihak berkuasa.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram