Bunga kantan biasanya digunakan sebagai penambah aroma dan menyedapkan lagi rasa masakan. Kali ini SAJI kongsikan resipi menarik menggunakan bunga kantan sebagai bahan utama. Jom cuba resipi serunding bunga katan yang dikongsi oleh Salami Simon ini. Rasanya yang unik pasti membuka selera.

BAHAN
3 kuntum bunga kantan yang telah mekar – leraikan setiap kelopaknya
1 sudu besar udang geragau goreng
1 cawan ikan bilis goreng
½ cawan kacang tanah goreng
Garam dan gula

BAHAN HIRIS
3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

CARA
1.Semua bahan hiris hendaklah digoreng secara berasingan sehingga garing.
2.Dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan dan gaul rata.
3.Taburkan garam dan gula secukup rasa.
4.Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Foto & Resepi: Salami Simon