Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi gulai kuning udang yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:
500 gm udang kasar
2 cawan santan pekat
2 cm kunyit
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm halia
1 keping asam keping
1 tangkai cili hijau

CARA:
1.Bawang merah, bawang putih dan lengkuas ditumbuk halus.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama-sama santan.
3.Kemudian masak di atas api perlahan sambil dikacau agar tidak berketul.
4.Setelah mendidih, masukkan udang, cili hijau, asam keping, gula dan garam.
5.Tunggu sekejap sambil kacau sehingga udang masak.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.