Sedapnya kek ketam bersalut panko ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan pasti anak-anak suka.
BAHAN:
100gm isi ketam – telah dimasak
1 sudu besar lada benggala hijau
1 sudu besar lada benggala merah
1 sudu besar bawang holand
1 sudu besar mayonis
3 keping wafer paper
50gm tepung gandum
50gm serbuk roti panko
1 biji telur – dipukul
2 sudu besar mentega
CARA:
1.Campurkan isi ketam, lada benggala hijau, lada benggala merah, bawang holand, mayonis dan gaul sebati.
2.Letak bahan tadi di atas wafer paper.
3.Gulung dan lipat kemas menjadi bentuk empat segi.
4.Salut dengan tepung gandum dan kemudian salut dengan telur.
5.Selepas itu salut pula dengan serbuk roti panko.
6.Panaskan kuali dan cairkan mentega. Goreng sehingga garing dan keemasan.
7.Angkat dan toskan. Hidangkan bersama mayonis.