DR NOOR HISHAM ABDULLAH

SEBANYAK 61 lagi kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada hari ini dengan dua daripadanya bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 kes kematian di Selangor, lapan kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima kes di Kedah.

Beliau berkata, masing-masing empat kes di Johor dan Sarawak, masing-masing tiga kes di Melaka dan Perak, masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Terengganu, serta satu kes di Sabah.

“Kes kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 2,552 kes atau 0.46 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 72,823 kes aktif kini dilaporkan di seluruh negara.

Katanya, 808 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 403 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Hari ini menyaksikan 4,814 kes sembuh dilaporkan,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: 8,290 kes baharu, Kelantan, KL catat lebih 800 kes

Kuala Terengganu kena PKPD, kes meningkat 370 peratus

Sebanyak 61 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan 21 kluster baharu COVID-19 dilaporkan.

Katanya, masing-masing enam kluster tempat kerja dan komuniti, lima keagamaan, tiga pendidikan dan masingpmasing satu kumpulan berisiko dan pusat tahanan.

Negeri yang melaporkan kluster baharu adalah Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram