Sebanyak 8,290 kes baharu dilaporkan hari ini yang merupakan kes tertinggi setakat ini.

ANGKA 7,000 kes harian COVID-19 hanya bertahan tiga hari.

Ini apabila penularan wabak itu kini sudah melepasi angka 8,000 hari ini.

Daripada perkongsian di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 8,290 kes baharu dilaporkan hari ini.

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kini berjumlah 549,514.

Daripada data KKM, Selangor mencatatkan penurunan berbanding semalam namun masih pada angka 2,000 dengan 2,052 kes.

Mencatatkan peningkatan ketara hari ini antaranya Kelantan (851 kes) dan Kuala Lumpur dengan 830 kes.

Kedua-duanya juga kedua dan ketiga tertinggi melaporkan kes baharu diikuti Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

Hanya Perlis dan Labuan mencatatkan satu angka hari ini masing-masing sebanyak lapan dan enam kes.

Sehingga 28 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes (549,514 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
WPKL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
WP Labuan – 6 (3,170)
WP Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)

Baca artikel berkaitan: Peningkatan trend kluster tempat kerja membimbangkan – KP Kesihatan

Jika PKP 1.0 sekali lagi, 2.8 juta hilang kerja – Azmin Ali

Grafik kes harian COVID-19 tertinggi yang dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook beliau.

Semalam, sebanyak 7,857 kes baharu COVID-19 dilaporkan manakala kelmarin pula 7,478 kes.

Kali pertama kes harian COVID-19 melebihi angka 7,000 adalah pada 25 Mei iaitu sebanyak 7,289 kes.

Pada 19 Mei lalu merupakan kali pertama negara melaporkan penularian harian melebihi angka 6,000 kes.

KKM sebelum ini menyeru rakyat melakukan kawalan pergerakan kendiri dengan melakukan beberapa rutin supaya masa di luar rumah dapat diminumkan.

Berita lanjut menyusul.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram