FILE PHOTO: Soccer Football - Serie A - Lazio v AS Roma - Stadio Olimpico, Rome, Italy - January 15, 2021 Lazio coach Simone Inzaghi before the match REUTERS/Alberto Lingria/File Photo

PERLETAKAN jawatan Simone Inzaqhi selaku ketua jurulatih Lazio menguatkan lagi ura-ura dirinya bakal menggantikan tempat Antonio Conte di Inter Milan lapor beberapa media Itali.

Laporan itu mendakwa Inter semakin hampir untuk menemui kesepakatan dengan Inzaghi untuk mengisi tempat Conte, yang meninggalkan Inter secara persetujuan bersama, hanya beberapa bulan selepas menamatkan penantian 11 tahun skuad Nerazzurri itu memenangi Scudetto.

Lazio mengeluarkan satu kenyataan dalam laman web rasmi mereka semalam tetapi tiada menyebut nama Inzaghi dalam kenyataan itu.

“Kami menghormati perubahan fikiran jurulatih itu, yang sebelumnya juga merupakan seorang ahli keluarga Lazio sebagai seorang pemain yang menghabiskan bertahun-tahun dan menyumbang kepada pelbagai kejayaan buat Biancocelesti,” kata kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Lukaku kembali menyarung jersi The Blues?

Pengendali berusia 45 tahun itu menghabiskan lima tahun dalam karier pengurusannya di Stadio Olimpico, yang juga merupakan tempat dia berkhidmat selama 11 tahun selaku pemain.

Pada awalnya, dia dijangka akan melanjutkan kontraknya bersama skuad Biancocelesti itu yang akan tamat pada hujung bulan depan tetapi kini disahkan bahawa bekas pemain kebangsaan Itali itu akan meninggalkan kelab berkenaan.

Dalam tempoh 198 perlawanan mengendalikan Lazio, Inzaghi telah berjaya merekodkan sebanyak 108 kemenangan, 35 keputusan seri dan 55 kekalahan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.