CHELSEA sekali lagi dijangka membuat perbelanjaan yang besar apabila dikaitkan dengan khabar angin untuk membawa pulang bekas penyerang mereka Romelu Lukaku.

Perpindahan itu juga turut dikaitkan dengan Tammy Abraham yang dikatakan akan “dikorbankan” bagi mendapatkan dana untuk membeli penyerang Belgium itu.

Pemilik kelab, Roman Abramovich juga bersedia menyokong perbelanjaan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel dalam pasaran perpindahan untuk kembali menjadi pesaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali dari Jerman itu berjaya memperkuatkan rekod pertahanan Chelsea sejak mengambil alih pasukan pada Januari tetapi jentera serangan masih belum cukup tajam.

Abramovich dilaporkan berminat untuk membawa Lukaku kembali ke London dari Inter Milan memandangkan pemain itu adalah penyerang kegemarannya.

LONDON, ENGLAND – MAY 13: Romelu Lukaku and Didier Drogba of Chelsea during the Barclays Premier League match between Chelsea and Blackburn Rovers at Stamford Bridge on May 13, 2012 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC )

Bintang Belgium itu beraksi di Stamford Bridge selama tiga tahun tetapi dipinjamkan ketika era Jose Mourinho, sebelum menyertai Everton pada tahun 2014.

Bekas penyerang Manchester United itu baru saja membantu Inter Milan menjuarai Serie A tetapi kelab Itali itu kembali berdepan krisis susulan peletakan jawatan pengendalinya, Antonio Conte.

Pengendali dari Itali itu meletak jawatan selepas Inter merancang untuk melepaskan sebahagian besar tonggak utama pasukan.

Selain Tammy Abraham, Chelsea turut bersedia untuk melepaskan lima bintang lain bagi menampung perbelanjaan mendapatkan Romelu Lukaku.

Antaranya adalah Kepa Arrizabalaga, Callum Hudson-Odoi, Ross Barkley, Ruben Loftus-Cheek dan Abraham yang akan memberi modal besar buat Tuchel mendapatkan Lukaku dan beberapa pemain lain.

The Blues kini dalam persiapan menghadapi Manchester City pada perlawanan final Liga Juara-Juara di Porto, Portugal, pada awal pagi Ahad nanti.