Air kelapa sering menjadi pilihan ramai semasa cuaca panas. Apa kata buat kelainan sedikit dan cuba resipi air kelapa sirap selasih ini. Rasanya sangat sedap dan menghilangkan dahaga.

BAHAN
1 cawan air kelapa bersama isi kelapa
2 sudu besar kordial sirap
1 sudu besar biji selasih – rendam
Ais secukupnya

CARA
1.Masukkan air kelapa dan isi kelapa dalam gelas.
2.Kemudian masukkan kordial sirap dan biji selasih
3.Tambah sedikit ais, jika ingin dinikmati sejuk.