gemuk

Walaupun anda mempunyai kuasa untuk mengawal nafsu makan yang maha hebat, namun bila tiba musim perayaan, ia bukan sesuatu yang mudah. Tapi jangan risau, ikut tip HF dan lihat kesannya nanti.

1. Timbang berat dua kali seminggu

Pastikan anda mempunyai penimbang berat badan di rumah bagi memastikan berat badan anda sentiasa dalam keadaan terkawal. Pastikan anda mengukur berat badan setiap kali bangun di awal pagi ketika perut kosong.

2. Mulakan hari dengan senaman ringan

Bersenam di awal pagi membantu meningkatkan kecenderungan untuk tingkah laku yang positif. Ia juga membantu mengurangkan tahap keinginan seseorang terhadap makanan berlemak. Berjalan kaki mahupun mengemas rumah juga merupakan senaman ringan yang mengeluarkan peluh.

3. Jadilah seorang cerewet

Perhatikan dan survey dahulu apa sahaja hidangan yang disajikan sebelum anda memenuhkan pinggan dengan makanan yang sebenarnya tidak diperlukan. Ambil makanan yang anda betul-betul mahukan sahaja dan bukan ikut nafsu.

4. Katakan tidak

Keazaman jika dilakukan dengan teguh pasti ia akan menjadi lebih kuat dan berkuasa. Jangan malu untuk berkata tidak atau menolak makanan setiap kali dipelawa. Menolak dengan baik bukan bermakna anda tidak menghormati tuan rumah.

5. Jangan ambil minuman berkarbonat

Air berkarbonat bukan hanya boleh menyebabkan perut buncit malah menyebabkan perut dipenuhi gas. Pastikan anda hanya mengambil air kosong.

6. Jangan menolak pemanis mulut

Cuba amalkan three-bite rule. Anda akan dapat merasa pada gigitan pertama, kepuasan pada gigitan kedua dan melengah-lengahkan gigitan ketiga. Hasilnya anda tidak lagi teringin untuk meneruskan gigitan yang seterusnya.

7. Kunyah perlahan

Kunyahlah dengan perlahan dan dengan itu anda mampu mengawal keinginan untuk mengambil lebih banyak makanan.

8. Jangan skip waktu makan

Jika anda berangan untuk meninggalkan sarapan pagi hanya kerana nak makan dengan bersungguh-sungguh pada waktu tengah hari, itu adalah idea yang salah. Makanlah dengan portion yang kecil dan makan pada masa yang tepat dapat mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan. Ia juga membantu menstabilkan paras gula dalam badan dan mampu mengawal keinginan untuk makan.

9. Jadilah realistik

Semua orang menghadapi masalah yang sama. Memastikan berat badan terkawal adalah misi yang sepatutnya anda capai.