mykampung

PASAR RAYA basah yang menjual pelbagai barangan segar MyKampung Fresh Mart di Seksyen 7, Shah Alam dirompak hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRM Plus, agensi yang mengendalikan pasar raya yang berkonsep kebajikan itu, Syed Zulkifli Syed Ismail mengesahkan mengenai perkara tersebut

“Jumlah kerugian masih belum dikenal pasti. Tiada siapa yang cedera. Alhamdulilah.

“Kami telah membuat laporan polis dan staf yang masih trauma telah diarahkan untuk pulang berehat,” katanya dalam hantaran di media sosial.

RAKAMAN CCTV rompakan hari ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, rakaman CCTV telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

BERITA BERKAITAN Itulah, nak merompak sangat kan… Padan muka!

Pasar raya yang berkonsepkan pasar di kampung itu menjual sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam dan barangan keperluan orang ramai.

MRM Plus yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti kebajikan menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau bangsa memohon bantuan dari mereka jika kehilangan pendapatan atau kelaparan.

“Jangan mencuri, jangan merompak atau menipu. Beritahu kepada kami di www.mrmcare.com dan InshaAllah kami akan membantu semampu dan secepat mungkin.

” Tidak perlu merompak atau mencuri.

Sahabat semua, doakan bisnes MyKampung Fresh Mart berjaya dan doakan juga keselamatan kakitangan kami,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram