mee celup thai

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di seluruh negara menyukarkan kita terjah kedai makan. Teringin tetapi terpaksa simpan niat di dalam hati. Apa kata sepanjang lockdown ini rajin-rajinkan diri masuk ke dapur dan sediakan sendiri hidangan untuk isi perut.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Andai tekak teringin nak makan mee celup Thai, cuba resipi yang dikongsikan Maya Miera ini. Mudah dan cepat. Yang penting sedap.

Bahan :

1 labu bawang putih (ditumbuk)

3-4 Akar ketumbar (ditumbuk)

2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)

Halia – diketuk

2 kg Tulang daging

1 keping Gula melaka

Kicap cair

Sos ikan

Kicap pekat

Garam secukup rasa

Ajinomoto (pilihan)

Gula

Sup bunjut

Minyak untuk menumis

Air secukupnya (saya letak hampir 3 liter)

Ayam rebus dan diracik

Meatball

Megi/bihun – celur

Hirisan daun ketumbar

Kangkung celur

Kacang tanah

Chili flakes

Cili sambal (cili padi merah + cuka + garam + gula dikisar)

Gunakan chopper pun boleh.
Boleh gunakan kicap ini.

Cara :

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama halia sehingga garing dan berbau wangi.

2. Masukkan tulang daging, air, sup bunjut, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan. Boleh gunakan periuk tekanan dan masak selama 45 minit. Jika gunakan periuk biasa, rebus sehingga daging lembut. Apabila air mendidih baru masukkan perisa dan kicap.

Masukkan semua bahan iaitu gula, gula melaka, sup bunjut dan lain-lain.
Masak sehingga lembut.

3. Rebus ayam dan carikkan halus.

4. Celur mee/bihun/megi dan celur juga kangkung.

5. Sediakan semua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Apabila kuah sudah masak, masukkan meatball dan masak sebentar. Kuah mee celup sudah siap.
Cara buat cili sambal. Kisar gula, garam, cuka dan cili.

Sumber : Maya Miera