Selepas dua hari turun, kes harian hari ini kembali lepasi angka 7,000 dengan 7,105 kes baharu dikesan./ Infografik KKM

PADA 29 Mei lalu, kes harian COVID-19 mencecah angka tertinggi dengan 9,020 kes sebelum turun kepada 6,999 kes kelmarin dan 6,824 semalam.

Namun, selepas dua hari berturut-turut mencatatkan penurunan, penularan harian COVID-19 hari ini kembali meningkat melepasi angka 7,000 kes.

Keseluruhannya, sebanyak 7,105 kes dilaporkan hari ini dengan Selangor kekal tertinggi dengan 2,068 kes, menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini diikuti Kuala Lumpur (817 kes) dan Sarawak (703 kes), kedua dan ketiga tertinggi.

Seterusnya Kelantan (531 kes), Johor (431 kes) dan Pulau Pinang (400 kes).

Selain Perlis yang mencatatkan sifar kes, semua negeri melaporkan kes baharu melebihi 100 penularan.

Ini termasuk Labuan yang mencatatkan 162 kes baharu.

Baca artikel berkaitan: Ini usaha kita bersama, ayuh Malaysia, Kita Mesti Menang!!

Varian ganas luar negara dikesan hampir di semua negeri

Berikut pecahan kes mengikut negeri;

Sehingga 1 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,105 kes (579,462 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,068 (188,994)
Sabah – 318 (62,562)
WPKL – 817 (59,471)
Johor – 431 (58,814)
Sarawak – 703 (48,032)
Pulau Pinang – 400 (29,026)
Kelantan – 531 (28,319)
Negeri Sembilan – 397 (26,702)
Perak – 387 (21,021)
Kedah – 236 (19,145)
Melaka – 249 (12,335)
Pahang – 190 (9,767)
Terengganu – 198 (8,969)
WP Labuan – 162 (3,884)
WP Putrajaya – 18 (1,910)
Perlis – 0 (511)

Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa bahaya masih ada di sebalik pelaksanaan sekatan penuh kepada sektor sosial dan ekonomi.

Noor Hisham terus mengingatkan supaya amalkan kawalan pergerakan kendiri dan memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika berada di luar rumah untuk urusan penting.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram