chinese congee

Hidangan sarapan yang cukup ringan namun penuh aromatik. Bukan hanya sarapan, namun sesuai dimakan sepanjang hari. Bubur ini juga tidak seperti bubur biasa kerana ia disempurnakan bersama ayam masak halia dan cakoi.

Cara membuatnya cukup mudah. Terima kasih Noraini Noor Mohamed atas perkongsian resipi.

A. Minyak bawang putih (Garlic Oil) :

Cincang halus lima ulas bawang putih. Goreng dibawah api yang kecil sehingga keperangan dan bau harum semerbak. Minyak bawang ini akan digunakan untuk bubur nasi dan ayam kukus halia.

B. Ayam kukus halia:

Perapan :

Gaul rata ayam yang dipotong kecil-kecil. Halia ditumbuk atau sagat bersama kicap cair, minyak bijan, lada sulah (dalam gambar saya guna lada hitam, lada putih habis). Perap selama 30 minit.

Kukus :

Selepas 30 minit ayam diperap, letakkan dua sudu minyak bawang putih di atas perapan. Kukus ayam sehingga 20 minit. Siap.

C. Bubur nasi

Basuh bersih satu cawan beras. Letakkan ayam bahagian tulang, halia yang dihiris, lada sulah, garam secukup rasa, stok ayam dan minyak bawang putih dua sudu.

1 cup beras = 8 cup air.

**pressure cooker congee-seal.

Kalau gunakan rice cooker atau masak di atas dapur. Boleh masak bubur seperti biasa ya.

Setelah siap bubur dan ayam kukus halia, hiaskan dengan daun bawang dan cakoi. Bubur dimakan bersama ayam kukus halia. Tuang sedikit minyak bawang putih di atas bubur untuk tambahkan aroma dan kesedapan pada bubur.

Cakoi dibeli di kedai.

Sumber : Noraini Noor Mohamed