KU sangkakan besar rupanya hanya bersaiz “mini”.

Disebabkan terlalu teruja dengan tawaran harga rendah secara dalam talian, seorang lelaki bertindak membeli sebuah kolam renang PVC yang disangka pembelian berbaloi kerana terlalu murah.

Namun, sangkaan lelaki itu ternyata meleset apabila kolam renang yang dibayangkan itu sebenarnya hanya bersaiz “mini” apabila diterima.

Menceritakan kembali Mick Daffern, 50, ternyata tergamam selepas membuka bungkusan pembelian apabila barangan yang dipesan sampai ke rumahnya yang terletak di Wolverhampton, England.

Katanya, kolam yang disangka besar rupa-rupanya hanya bersaiz kira-kira 30 sentimeter sahaja.

“Saya tertipu kerana iklan tersebut memaparkan gambar kolam renang yang besar, perspektif yang diberikan telah mengelirukan saya,” kata Daffern seperti yang dilaporkan portal berita The Sun.

Baca artikel berkaitan: Tak boleh kahwin di darat, pasangan tempah pesawat buat majlis di udara

Tambah Daffern, kolam yang dibeli untuk anaknya itu ditawarkan pada harga RM35 atau 7 euro dan menyangka ia merupakan barangan bersaiz dewasa.

Walaupun rasa tertipu dengan pembelian itu, Daffern berkata, anak perempuannya, Lucy berusia 9 tahun tetap suka dan bermain dengan kolam tersebut.

Kisah yang menimpa Daffern bukanlah suatu yang baru, dan disebabkan kejadian itu, isterinya turut mengatakan itu “balasan” untuk orang yang kedekut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram