Penyerang prolifik Sergio Aguero secara rasmi telah melengkapkan perpindahan ke pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona secara perpindahan percuma.

Bintang berusia 32 tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Sepanyol semalam, hanya dua hari selepas perlawanan terakhirnya bersama City selepas tewas 0-1 kepada Chelsea dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Barcelona dan Aguero turut setuju untuk menandatangi kontrak selama dua tahun serta memasukkan klausa pelepasan sebanyak RM504 juta.

Aguero menganggap perpindahan ke Barcelona dan bermain bersama Lionel Messi sebagai satu impian menjadi nyata.

Messi dan Aguero merupakan dua pemain yang beraksi dalam skuad kebangsaan yang sama, dan kini mereka akan bermain dalam kelab yang sama.

Aguero turut berharap Messi akan membantunya menyesuaikan diri dengan suasana baharu di Barcelona serta negara yang baru.

“Saya bercakap dengan Leo setiap hari dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Sekarang saya akan bersamanya setiap hari dan ini akan menjadikannya lebih mudah.”

“Apa yang berlaku dengan masa depan Leo adalah keputusan kelab, tetapi ia merupakan suatu penghormatan dan keseronokan bermain bersama Leo. Sekiranya dia terus kekal dan saya rasa dia akan lakukan, saya akan berusaha memberikan segalanya seperti yang Leo selalu lakukan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Ronaldo bagi ‘hint’ akhiri kerjaya bersama Juventus?

Terdahulu, desas desus mengatakan masa Messi di Barca telah tamat.

Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi eropah seperti Paris Saint Germain (PSG), Juventus serta bekas kelab Aguero iaitu Manchester City.

Namun keputusan Aguero untuk menyertai Barcelona sedikit sebanyak telah mempengaruhi keputusan Messi untuk kekal di kelab itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram