Ingin memasak didapur bersama anak-anak tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba resipi kek cawan vanila yang mudah dan sedap ini. Pasti anak-anak suka.

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu penuh krim
3 cawan tepung naik sendiri
112 gm mentega
2 biji telur
1 cawan gula
2 ½ sudu kecil serbuk penaik
Sedikit esen vanila
Secubit garam
Hiasan – bebola manik warna-warni

CARA:
1.Masukkan mentega dan gula. Kacau hingga kembang selama 5 minit.
2.Kemudian masukkan telur. Masukkan juga tepung yang sudah bercampur dengan garam, serbuk penaik dan susu. Bila dah sebati masukkan esen vanila. Kacau adunan hingga likat.
3.Ambil kertas kek cawan yang tidak berminyak. Masukkan adunan kedalam bekas kek cawan menggunakan skop aiskrim sebanyak 1 setengah skop.
4.Bakar pada suhu 150 selsius selama 17 minit. Hiasi kek cawan mengikut kreativiti anda. Taburkan bebola manik warna-warni.

Resepi: Wan Mohd Hafiz