Jika sebelum ini HF berkongsi pros and cons makeup sponges. Kali ini HF akan detailkan bagaimana pun cara mencuci dan menyimpan makeup sponges agar tahan lama.

Kaedah mencuci

1. Disarankan agar makeup sponges ini dicuci setiap kali selepas digunakan bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan kulat kerana sifatnya yang lembab. Menggunakan sponge yang kotor bukan sahaja boleh merosakkan kulit wajah malah menbahayakan kesihatan. Pastikan anda picit atau perah semua cecair yang meresap ke dalam sponge dengan menggunakan tuala kering yang bersih. Biarkan ia kering dengan sendirinya sebelum ia disimpan ke dalam bekas yang bersih.

2. Gunakan sabun seperti syampu, mandian bayi atau liquid blender cleanser untuk membersihkan sisa foundation yang melekat dan gosok perlahan-lahan dengan jari. Biarkan ia seketika sebelum dibilas.

3. Boleh juga menggunakan baby oil atau eye makeup remover untuk menanggalkan kotoran dengan lebih pantas. Kemudian cucilah dengan sabun dan bilas dengan air sehingga bersih. Bagaimanapun kaedah ini sangat praktikal untuk latex-free sponge sahaja.

4. Sabun mencuci pinggan juga sangat berkesan untuk menyingkirkan kesan kotoran di permukaan sponge dengan pantas. Bagaimanapun ia mudah memendekkan hayat sponge kerana sabun cuci pinggan tidak selembut baby syampu. Namun ia sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk menggantikan sponge setiap satu hingga tiga bulan.

Kaedah menyimpan

Sesetengah sponge seperti beauty blender tidak mempunyai permukaan rata dan ia mudah tergolek. Jadi carilah bekas simpanan yang sesuai dan praktikal dibawa ke mana sahaja. Pastikan sponge betul-betul kering sebelum disimpan.