BCL kongsi foto berbikini, netizen pula kasihankan arwah Ashraf Sinclair

0
14904

PERKONGSIAN gambar percutian selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang hanya memakai bikini menerusi akaun Instagram milikinya telah mengundang reaksi kurang menyenangkan segelintir pengikutnya.

BCL yang memakai bikini berwarna ungu dan kelihatan sedang berada di atas bot ketika bercuti di Bali baru-baru ini, turut meletakkan kapsyen, “The ocean is everything I want to be. Beautiful, mysterious, wild and free”.

Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dan mengkritik cara berpakaian BCL yang mendedahkan sebahagiannya auratnya.

Malah, menerusi semakan di ruangan komen juga, pengikut turut meminta BCL menghormati dan mengasihani arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal bernama Noah Sinclair.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari tahun lalu akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.