bola

WALAUPUN dibarisi pemain ramai ‘import’ dengen penyertaan pemain naturalisasi dan pemain kacukan, ternyata pasukan Emeriah Arab Bersatu (UAE) ternyata sanggat kuat untuk dihadapi oleh pasukan Harimau Malaya.

Gandingan penyerang prolifik Ali Mabkhout dan Fabio De Lima, masing-masing meledak dua gol untuk melengkapkan kejayaan UAE dalam perlawanan di Stadium Zabeel, Dubai, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kemenangan itu sekali gus melakar kemenangan kedua skuad ‘The Whites’ itu ke atas skuad kebangsaan, dalam saingan kempen baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Tempoh 10 minit terakhir jelas menjadi mimpi ngeri buat skuad Harimau Malaya apabila dibolosi tiga gol sebelum tewas 0-4 kepad UAE selepas pemain negara kelihatan agak keletihan dan kurang keserasian.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G meskipun terikat sembilan mata dengan UAE dan Thailand namun ‘tercicir’ dengan perbezaan gol.

BERITA BERKAITAN Malaysia perlu guna strategi ‘Perang Uhud dan Badar’ menentang UAE – Ustaz Hariri

Aksi seterusnya skuad negara dijadual bertemu Vietnam pada 11 Jun, sebelum menutup saingan kumpulan berdepan Thailand (15 Jun).

Kekalahan kepada UAE ini menyaksikan skuad negara gagal menebus maruah kekalahanan besar 0-10 dalam kunjungan terakhir Malaysia menentang UAE, pada kempen kelayakan lepas pada September 2015.

Tuan rumah menguasai hampir keseluruhan permainan dan terlebih dahulu menghantar amaran awal menerusi percubaan Khalil Ibrahim pada minit keenam namun ditepis Farizal Marlias.

Jentera tengah negara pula tampak gagal memberikan impak selain kekerapan kehilangan bola oleh pemain negara membolehkan UAE melancarkan beberapa siri serangan ke kawasan penalti skuad negara.

Bermula dari satu hantaran jauh, pertahanan negara gagal mengesan larian Ali Mabkhout yang menyambut hantaran terbabit sebelum dia melambungkan bola melepasi kawalan Farizal pada minit ke-14 untuk gol pertama UAE.

Malaysia tampil lebih baik dalam 10 minit terakhir babak pertama – peluang terbaik yang hadir pada minit ke-42 disia-siakan selepas tandukan Guilherme de Paula ‘melalut’ dan tidak menuju ke arah pintu gol UAE.

Bersambung babak kedua, aksi lebih kemas ditunjukkan skuad negara sebelum kealpaan mereka nyaris dihukum pada minit ke-63 menerusi percubaan Fabio Lima yang berjaya diselamatkan Farizal.

Bagaimanapun, UAE memastikan ‘game over’ buat skuad negara selepas Lima meledak gol kedua pada minit ke-83 sebelum tuan rumah meledak dua lagi gol pada masa tambahan masing-masing menerusi Ali dan Lima.

Jika tidak kerana kehebatan penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang terpaksa bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, sudah tentu jumlah jaringan akan bertambah bagi UAE.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram