SEBELUM ini ada suara-suara yang gusar melihat banyak tumpuan diberikan Putrajaya kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 bersaiz mega.

Sedangkan, pemberian vaksin seperti mana negara maju perlu mencakupi pelbagai kaedah termasuk kepada kumpulan kecil secara bersasar.

Apatah lagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menumpukan warga emas dan golongan berisiko yang umumnya ada kekurangan dari segi fizikal untuk berjalan dan menunggu beramai-ramai di pusat konvensyen misalnya.

Daripada tinjauan di media sosial, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebenarnya sudah pun melancarkan unit bergerak untuk memberikan vaksin antaranya di Pulau Pinang dan Padang Terap, Kedah.

Banyak juga pusat jagaan orang tua dan kampung pedalaman disinggahi mereka dalam menjayakan misi mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun.

Fasa pemberian vaksin di Malaysia yang kini dipercepatkan menjelang akhir tahun.

Cuma mungkin ada yang terlepas pandang kepada berita berkenaan lalu memberikan pandangan tanpa sedar yang apa dikatakan sudah dilakukan kerajaan.

Hari ini, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin sendiri turun padang meninjau PPV untuk golongan cacat penglihatan di ibu negara.

Menurut hantaran di Twitter, Khairy berkata, golongan cacat penglihatan dan penjaga mereka mula diberi vaksinasi selaras fasa 2 PICK.

PPV untuk golongan cacat penglihatan terletak di Brickfields ibu negara mampu menyuntik hingga 200 orang buta sehari.

“Tinjauan operasi hari pertama PPV Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields, KL.

“Golongan cacat penglihatan dan penjaga mereka mula diberi vaksinasi selaras fasa 2 PICK,” katanya di Twitter.

Baca artikel berkaitan: Sifar kes kematian, vaksinasi walk in di stadium, perkembangan di UK jadi perhatian

Pasukan bergerak suntik vaksin di pusat jagaan warga emas

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, PPV khusus bagi OKU penglihatan terletak di Kompleks MAB, Brickfields.

“PPV itu mula beroperasi hari ini (4 Jun).

“Seramai 1,300 telah mendaftar dimana 200 orang akan disuntik setiap hari di MAB,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram