
SEORANG pembaca berita BBC dirakam hanya memakai seluar pendek dan kasut dek semasa membaca buletin berita, kelmarin ketika hari paling panas sepanjang tahun direkodkan di Britain.
Lapor Mail Online, walaupun stesen berita itu hanya merakamkan Shaun Ley, 51, memakai jaket dan bertali leher dari bahagian pinggang ke atas, namun penonton berjaya mengesan pakaian pembaca berita tersebut semasa kamera menukar fokusnya kepada sudut lain berita.
Ley sebaliknya dilihat hanya memakai seluar pendek dan kasut dek dari bawah meja tempat dia membacakan buletin.

Ley nampak serius dari hadapan semasa menjelaskan peraturan perjalanan coronavirus (Covid-19) dan pergolakan politik di Israel.
Bagaimanapun seorang pengguna Twitter menyindir:”Adakah pembaca berita BBC Shaun Ley mahu kekal sejuk dengan hanya memakai seluar pendek?Jika benar adakah penonton dimaksudkan untuk mencarinya.
Bagaimanapun seorang lagi pengguna Twitter berkata:”Ia adalah hari yang sangat panas di London (lokasi BBC) dan disebabkan itu dia memakai seluar pendek”.
Kelmarin, suhu di Northolt barat London mencapai suhu 28.3 darjah Celsius.
Terdahulu Let dirakam memakai pakaian kasual ketika waktu tengah malam menghampiri sambil memakai cermin mata.
Dia juga dirakam memakai seluar pendek semasa membaca berita penghujung April lalu.
Ley menyertai BBC dari sebuah universiti pada 1990 dan bertugas di Radio 4 bagi program ‘World at One’ dan mengacarakan rancangan ‘Doctor Who’.