ingkar
ISMAIL SABRI YAAKOB

KERAJAAN akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 11 mukim baharu dengan enam daripadanya di Perak, empat di Sabah dan satu mukim di Pahang, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 11 mukim tersebut dari 6 sehingga 19 Jun ini.

KKM mendapati, berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa yang singkat dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di kawasan-kawasan yang dilaksanakan PKPD tersebut.

“Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN PKPD 15 mukim di Terengganu, 1 di Kelantan dilanjutkan

Di PERAK, PKPD tersebut dikuatkuasakan d:

  • Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta, Kinta, Perak
  • Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar, Kerian, Perak
  • Perkampungan Batu 9 Lekir, Mukim Lekir, Manjung, Perak (Melibatkan tiga perkampungan iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong)
  • Taman Berkat, Mukim Matang daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.
  • Dua Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, Mukim Pengkalan Hulu serta
  • Dua Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian dari Kampung Lalang) di Mukim Kerunai.

Di PAHANG, PKPD melibatkan:

PKPD Bandar Bentong yang merangkumi:

  • Kampung Chamang Lama/Baru
  • Taman Bukit Chamang
  • Kawasan Perindustrian Bentong
  • Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah
  • Kampung Sungai Marong
  • Taman Bukit Bentong
  • Taman Hussin/Taman Syahbandar
  • Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas
  • Bentong Heights
  • Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1
  • Taman Bentong Makmur
  • Taman Harmoni
  • Taman Kolej
  • Taman Desa Damai

    BERITA BERKAITAN PKPD dua lokaliti di Sarawak, empat di Sabah

    Di SABAH, PKPD baru melibatkan:
  • PKPD tiga lokaliti dalam daerah Papar (Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni)
  • PKPD Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar, Sandakan
  • PKPD Taman Wangsa, Jalan Telipok, Kota Kinabalu
  • PKPD Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat.

Sementara itu, kerajaan juga mengumumkan penamatan PKPD di beberapa negeri mulai esok (5 Jun) iaitu di:

  • PKPD Rumah Panjang Nyalu anak Francis, Mukah, Sarawak
  • PKPD Felda Kahang Timur, Kluang, Johor
  • PKPD Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, Sarawak
  • PKPD Kampung Lubok Redan, Alor Gajah, Melaka
  • PKPD Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau, Kuala Lumpur
  • PKPD 3 perkampungan di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
    Ketiga-tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang
  • PKPD Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina, Kluang, Johor
  • PKPD Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau, Sabah

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my