Cendawan kukur masak lemak kangkung ini enak dinikmati bersama nasi panas. Rasanya sangat sedap dan berlemak. Sekali rasa pasti nak lagi. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi menarik ini.

BAHAN
500 gm cendawan kukur
1 ikat kangkung
1 biji kelapa – ambil santannya
2 helai daun kunyit
10 gm udang kering
2 ulas bawang merah kecil – hiris halus
Sedikit garam secukup

CARA
1.Bersihkan cendawan kukur. Ketepikan.
2.Masukkan santan ke dalam periuk bersama udang kering, daun kunyit dan hirisan bawang merah.
3.Masak kuah santan dengan api yang sederhana.
4.Apabila kuah mendidih, masukkan cendawan kukur dan kangkung. Bubuh garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutupkan api.
5.Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan.

Resipi : Nazura Zainal Abidin