Bosan asyik menu yang sama setiap hari? Jom cuba resipi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima ini. Rasanya unik dan sedap. Cara penyediaan pun mudah.

BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu goreng
1 tin tuna mayonis di dalam tin
½ batang lobak merah disagat kasar
½ batang timun jepun dihiris memanjang
Sedikit kacang walnut
1 cawan sos cili
Sedikit kacang goreng
Buah delima

CARA MENYEDIAKAN:
1.Lubangkan sedikit tauhu untuk disumbat.
2.Kemudian masukkan ikan tuna mayonis, lobak merah, timun dan kacang walnut.
3.Untuk sos, campurkan sos cili, kacang dan isi buah delima. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Imelda Maya Harris