Lepas cerai, Zarina Anjoulie dedah ada lelaki ajak jadi skandal

0
27379

PELAKON popular Zarina Anjoulie mendedahkan ada lelaki yang cuba mendekati dan ingin menjadikan dirinya sebagai skandal.

Menurut Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah menerusi satu hantaran di Instagram memberitahu dia sama sekali tidak berminat dengan tawaran tersebut.

“Tolong jangan nak mesej langsung (DM) lepas itu ajak aku jadi skandal. Skandal apa?

“Skandal nak, duit tak bagi. Skandal aku tak nak ya. Kalau nak, kahwin terus cara halal.

“Ingat orang apa, anak patung? Lepas itu kalau tak nak, ugut-ugut,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendirian Zarina yang enggan terjerumus dalam menambah masalah lain.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Zarina dan bekas suaminya, Eilyas Azhar masing-masing bagaikan sedang ‘berperang’.

Malah, Zarina juga telah membuat laporan polis terhadap Eilyas atau Yas kerana didakwa menceroboh privasinya selain pernah memukul dirinya sewaktu masih bergelar suami dan isteri