Tip pemakaian contact lens

0
21
contact lens

1. Ganti lens sekerap yang mungkin sepertimana nasihat doktor walaupun anda tidak memakainya setiap hari.

2. Jika anda memakai lens pakai buang, buang terus selepas menggunakannya walaupun ia masih elok.

3. Sentiasa mencuci tangan sebelum menyentuh lens. Jangan gunakan minyak atau sabun yang kuat kandungan pewangi dan buih. Jika anda ingin memakai pelembap tangan, sebaiknya lakukan ia selepas memakai lens.

4. Mulakan dengan mata yang sama setiap kali memakai lens agar anda tidak keliru antara lens kanan dan kiri.

5. Cuci tangan sebelum menanggalkan lens.

6. Cuci lens mengikut arahan yang diberikan kerana kaedah cucian adalah berbeza mengikut jenama lens yang dibeli.

7. Jangan sesekali menggantikan solution (cecair) lens anda dengan air paip sekiranya anda terlupa untuk membawanya kerana air paip mengandungi mikrob yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam mata. Begitu juga dilarang menggunakan air liur.

8. Pakai contact lens sebelum memakai mekap dan sentiasa tanggalkan lens sebelum mencuci mekap.