4 cara menggayakan sneakers

0
22
sneakers

Trend sneaker sememangnya tengah ‘in’ ketika ini. Bukan hanya digayakan dengan jeans, namun lebih stylo ada yang menggayakannya dengan baju kurung, bersama skirt labuh atau dress.

Jom check it out apa sahaja yang sesuai digayakan bersama sneaker dan paling penting jangan takut menggayakannya.

Gaya bersama sut

Jika anda berani tidak salah mengayakan sneaker kegemarana ke pejabat. Menggayakannya bersama sepasang sut rona gelap mampu membuatkan sesiapa sahaja cemburu dengan penampilan anda. Mungkin kelihatan sedikit boyish, tapi pilihlah sut yang kelihatan feminin agar penampilan tidak janggal. Lengkapkan penampilan dengan aksesori tambahan seperti beg mahupun skaf bercorak.

Kasual feminin with converse

Converse adalah salah satu sneakers yang cukup popular dan digemari ramai. Selain hitam yang sudah biasa digayakan, apa kata cuba sepasang sneakers berwarna putih. Ia mampu menambah gaya kasual dan fun kepada mana-mana outfit terutamanya bagi feminin dress. Apabila anda menyarungkan dress yang cantik bersama sneakers, pastikan ada sesuatu yang mampu menghidupkan gaya kasual contohnya denim jaket atau kasual backpack atau tote.

Go black and white bersama slip-on sneakers

Tambahkan elemen surprise kepada black & white look. Walaupun aksesori lain seperti jaket dan beg sudah melengkapi, namun simple stripe knit dress mampu suntik mood glamor walaupun anda menyarungkan sneakers yang tidak bercorak atau berwarna. Look ini mampu membuatkan anda nampak sporty chic.

Weekender style

Sneaker yang selesa sememangnya sesuai untuk hujung minggu. Sepasang kasut sukan Nike bukan sahaja sesuai untuk berlari, malah apa kata padankan ia bersama sweatshirt bercorak. Namun pastikan kasut pilihan anda menepati atau melengkapi keseluruhan penampilan. Dengan menambah aksesori seperti barang kemas, solekan atau tambahan skarf mahupun melipat sedikit bahagian bawah jeans adalah langkah bijak untuk kelihatan lebih menarik.