YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Rabu, 16 Jun 2021.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka dan akan dipengerusikan oleh Baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan itu berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Baca artikel berkaitan: Agong terima menghadap PM untuk sesi rutin Mesyuarat Pra-Kabinet

YANG di-Pertuan Agong menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi Mesyuarat Pra-Kabinet pagi ini yang menjadi rutin mingguan antara ketua negara dan ketua kerajaan./ Gambar FB Istana Negara

“Perbincangan Khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebook