Resipi ayam kukus cendawan enoki dan brokoli, mudah & menyihatkan

0
1148

Mahu makan hidangan berkhasiat dan sedap? Apa kata cuba resipi ayam kukus cendawan enoki dan brokoli oleh Cef Afifi ini. Tidak menggunakan banyak bahan dan cara menyediakan amat mudah.

BAHAN:
1 keping paha ayam
1 cm halia- hiris halus
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 ikat cendawan enoki
½ biji brokoli

CARA:
1.Perapkan ayam dengan kesemua sos sekejap.
2.Kukus ayam selama 10 minit, kemudian tambahkan brokoli yang telah dipotong dan cendawan enoki.
3.Kukus lagi selama 5 minit.

Resipi: Cef Afifi Bakri, Kepong.