Mahu makan hidangan berkhasiat dan sedap? Apa kata cuba resipi ayam kukus cendawan enoki dan brokoli oleh Cef Afifi ini. Tidak menggunakan banyak bahan dan cara menyediakan amat mudah.

BAHAN:
1 keping paha ayam
1 cm halia- hiris halus
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 ikat cendawan enoki
½ biji brokoli

CARA:
1.Perapkan ayam dengan kesemua sos sekejap.
2.Kukus ayam selama 10 minit, kemudian tambahkan brokoli yang telah dipotong dan cendawan enoki.
3.Kukus lagi selama 5 minit.

Resipi: Cef Afifi Bakri, Kepong.