Resipi pulut pisang kukus, sedap dan mudah

0
59

Sedapnya pulut pisang kukus ni. Kuih ini mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Jom cuba!

BAHAN:
480 gm beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja atau lestari secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 – 8″, layurkan & lap bersih)
Tali rafia secukupnya

CARA:

  1. Kukus pulut anggaran 20 hingga 30 minit atau pulut separuh masak dan nampak lembut. Anda perlu mencuci dan merendam beras pulut sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Santan pekat di campur dengan sedikit garam kemudian larutkan hingga terasa lemaknya. Angkat pulut dan gaulkan pulut bersama santan hingga rata.
  3. Sediakan sehelai daun pisang dan sudu kan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan-tekan pulut supaya rata dan nipis.
  4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula. Kemudian letakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
  5. Balut pulut pisang seperti membuat pulut panggang.
  6. Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakap kan pulut tadi dan ikatkan dengan tali rafia di kedua dua belah.
  7. Kukus pulut dakap selama 30 hingga 40 minit dengan api yang sederhana.

TIP CEF: Balik-balikkan pulut dakap supaya masaknya sama rata.

Resipi: Chef Gunawan a.k.a Chef Obie, Kuala Lumpur