Enam pegawai dan staf sebuah bank direman seminggu bagi membantu siasatan siasatan suapan lulus pinjaman./ Gambar media sosial

MEREKA ditahan semalam dipercayai terlibat menerima suapan kerana meluluskan pinjaman kepada mereka yang tak layak.

Suapan diterima mereka juga dilaporkan agak lumayan dengan nilai sehingga 35 peratus daripada jumlah pinjaman.

Namun, itu semua hanya sementara dan hari ini, enam pegawai dan kakitangan bank berkenaan direman tujuh seperti dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi pada 2018 hingga 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Raja Nor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, kesemua individu berusia 36 hingga 45 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam pada jam 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, mereka ditahan di Pejabat SPRM Shah Alam petang semalam selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi membabitkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Berdasarkan laporan media, wang rasuah itu adalah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

“Mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai kira-kira RM18 juta,” katanya.

Sumber memberitahu, pegawai dan kakitangan berkenaan bertugas di beberapa cawangan bank itu di sekitar Lembah Klang.

Baca artikel berkaitan: Lulus pinjaman ‘projek hantu’, Datuk bekas presiden bank ditahan

Difahamkan, SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit dari rumah suspek di Putrajaya dan Selangor membabitkan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram