YOUTUBER terkenal Indonesia, Atta Halilintar menafikan dakwaan ibu bapanya dihalai dari Malaysia selepas dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Memetik laporan Hot Detik, Atta yang juga suami kepada selebriti Aurel Hermansyah memberitahu tuduhan yang disebarkan oleh pengguna akaun Facebook itu palsu dan tidak benar seperti apa yang diperkatakan.

Jelas Atta, ibu bapa dan termasuk adik-beradiknya kini berada dalam keadaan baik di Malaysia.

“Keluarga saya tidak dihalau dan mereka tetap mmpunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat di sana (Malaysia).

“Kami kalau tinggal di sesuatu tempat yang penting adalah keselamatan dan keamanan. Sejak dulu lagi kami mementingkan kesejahteraan bersama apatah lagi keluarga saya memang ikut peraturan,” katanya.

Sementara itu, Atta mendedahkan individu yang sengaja mencetuskan kontroversi itu dikenali sebagai Karinda Warsito telah pun memohon maaf atas perbuatannya.

Karinda yang medakwa dirinya seorang warganegara Malaysia telah memuat naik status mengenai keluarga Halilintar yang kononnya telah melanggar SOP sepanjang menetap di negara ini

Difahamkan ibu dan bapa Atta berada di Malaysia kerana menjalani rawatan kesihatan selain disebabkan penularan Covid-19 yang makin serius, mereka sudah hampir setahun tidak bertemu.

Malah, ketika majlis pernikahan Atta dengan Aurel yang juga anak kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang Hermansyah, keluarganya juga tidak dapat hari bagi menjadi saksi hari bersejarah mereka.