KPPK berbincang dengan pemain industri bagi stabilkan harga minyak sawit

0
44

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengadakan perbincangan dengan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dalam usaha untuk memastikan harga minyak masak tidak bersubsidi dapat distabilkan di pasaran.

Perbincangan secara online yang berlangsung pagi ini turut melibatkan beberapa pemain industri sawit terkemuka di negara ini.

“Fokus utama perbincangan selepas mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bersama Kabinet itu menumpukan kepada syor dan cadangan konkrit yang dapat disepakati.

“Ini untuk memastikan rakyat dapat menikmati harga minyak masak yang berpatutan selain memperoleh situasi menang-menang antara pemain industri, peruncit dan pengguna,” kata hantaran di media sosial Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama pengurusan kanan KPPK mengadakan perbincangan pemain industri swait utama negara bagi menstabilkan harga minya wabit bukan bersubsidi./ Gambar FB MPIC

Pengurusan Kanan KPPK yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ravi Muthaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

“Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPOA, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab; Pengarah Urusan Kumpulan IOI, Datuk Lee Yeow Chor; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Mohamad Helmy Othman Basha dan wakil CEO FGV Holding Berhad, Azman Ahmad,” kata hantaran itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram