Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi daging yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Selamat mencuba!

BAHAN
250 gm daging – hiris nipis
4 cawan beras
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
1 helai daun pandan
3 tangkai daun ketumbar
Gula dan garam

BAHAN TUMIS
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawing
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah – mayang
1 ulas bawang putih – mayang

CARA
1.Rebus daging dengan halia sehingga lembut. Tuskan dan lebihan air rebusan jangan dibuang. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis dan daun pandan sehingga naik bau.
3.Masukkan rempah kurma, tumis seketika.
4.Kemudian masukkan beras, lebihan rebusan air daging, gula, garam dan daging. Tanak nasi seperti biasa.
5.Apabila nasi hampir masak, taburkan daun ketumbar. Biarkan seketika sehingga masak dan bolehlah dihidangkan.

cef omar
Resipi: Cef Omar Md Noor