Resipi puding cincau sedap memikat

0
628

Puding adalah antara hidangan pencuci mulut atau manisan yang menjadi kegemaran ramai. Bagi yang suka menikmati puding, resipi puding cincau ini wajib anda cuba. Rasanya manis dan berlemak. Memang padu!

BAHAN
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan santan
2 cawan susu segar
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 cawan cincau cincang

CARA
1.Campurkan air dengan serbuk agar-agar dan gula. Didihkan sehingga semuanya larut.
2.Kemudian tuangkan susu dan santan, kacau sehingga mendidih.
3.Dalam bekas tuangkan cincau yang dicincang kasar. Tuangkan adunan puding yang dimasak tadi.
4.Biarkan ia beku.

Resipi: Kay Raz