Solekan sempurna ke pejabat. Mampu buatkan hari berjalan lancar

0
22

Pernah tak anda terfikir secalit gincu merah jambu membuatkan hari anda di tempat kerja berjalan lancar? Atau apabila anda memakai pemerah pipi kegemaran, diri terasa lebih yakin untuk berdepan mesyuarat penting?

Sememangnya solekan ke pejabat sama penting dengan solekan untuk ke majlis istimewa. HF akan kongsikan bagaimana tampil hebat dengan solekan yang ringkas tak kira apa sahaja situasi di pejabat!

BB Cushion

Kunci mekap sempurna ke pejabat adalah untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi tanpa berlebih-lebihan. Flawless skin always win. Skip foundation.

Sesetengah foundation terlalu tebal dan boleh menyebabkan wajah anda nampak bertepung dan bercapuk. Sebaliknya anda boleh memilih BB Cushion kerana teksturnya lebih ringan dan natural untuk pencahayaan di pejabat.

Gunakan blotting powder untuk kawalan minyak dan finishing yang lebih nipis. Pemerah pipi berwarna natural atau bronzer juga adalah kunci untuk tampil menarik di pejabat. Sapuan nipis sudah cukup untuk memberi efek segar dan bertenaga.

Pembayang mata – natural

Pilih rona natural seakan tanah yang sesuai sebagai pembayang mata. Warna soft brown atau plum di kelopak mata dan warna sedikit gelap pada cease boleh diaplikasikan untuk semua tona warna. Jauhi penggaris mata hitam yang tebal atau pembayang mata glitter supaya anda nampak lebih profesional. Jika anda tidak boleh hidup tanpa eyeliner, gantikan pemakaian eyeliner warna hitam kepada coklat untuk efek mata yang lembut.

Kuasa bibir

Gincu merah dikatakan boleh meningkatkan keyakinan di tempat kerja. Merah bata atau merah tomato lebih sesuai kerana lebih lembut berbanding merah darah ikan atau merah gelap. Tetapi simpanlah gincu merah untuk hari-hari penting sahaja di pejabat. Tampil lebih ceria dengan calitan gincu matte berwarna merah jambu atau peach. Jangan lupa pelembap bibir kerana penghawa dingin mungkin membuat bibir anda kering.

Tarikan wangian

Haruman yang lembut dan wangi menarik aura positif ke pejabat. Jenis bau juga boleh merangsang aktiviti di tempat kerja. Contohnya bau vanilla boleh mencetus kreativiti manakala rosemary membantu meningkatkan tenaga. Pemakaian haruman juga membuat anda kekal segar dari pagi hingga ke petang.