‘Unfollow’ jika tidak suka perkongsian saya di media sosial – Jasmin Hamid

0
770

DRAMATIS terkenal, Jasmin Hamid membidas sikap segelintir individu yang menyifatkan akaun media sosialnya sama seperti ‘sampah’ dan ‘mengotorkan’ hanya kerana mempromosikan drama lakonan sendiri.

Jasmin atau nama penuhnya Jasmin Abdul Hamid,47, kesal apabila caranya untuk berkongsi hasil kerja seni di platform Instagram dipertikaikan.

“Salah ke bila saya promosi drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial sendiri?

“Ada orang kata media sosial saya kotor sebab penuh dengan drama promosi drama sendiri. Sedangkan artis antarabangsa pun gunakan platform media sosial mereka untuk promosi filem mereka serta isu semasa.

“Saya hanya artis Malaysia yang hanya sebesar kuman kalau nak dibandingkan dengan kemasyhuran mereka,” luahnya.

Tambah pelakon Cukup Derita Itu lagi, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon yang bekerja keras dalam menghasilkan drama berkualiti dan mempromosikan kepada pengikut.

“Saya cuma semut merah tak punya apa-apa, kalau ada pun saya tak akan pamerkan harta dunia. Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia.

“Walaupun media sosial saya tak ada berjuta pengikut, saya tetap sayang dan hargai mereka. Sebab itu saya kongsi drama-drama saya dan isu-isu semasa dengan pengikut.

“Adakalanya saya tolong promosukan drama dan filem sahabat-sahabat saya.

“Kamu lainlah, pengikut berjuta, kamu ada kereta mewah, rumah mewa, kerja besar…semuanya hebat. Jangan khuatir sebab saya tak akan kotorkan media sosial kamu dengan gambar saya,” katanya.

Malah, Jasmin turut meminta mereka yang kurang senang dengan apa yang dikongsikan di media sosial untuk tidak lagi mengikutinya.

“Produser atau pihak stesen televisyen minta tolong promosikan drama lakonan sendi pun ada yang berkira.

“Lagipun kemudahan ada di hujung jari, jadi gunakanlah dengan bijak! Moga perkara-perkara baik yang saya kongsikan dengan penyokong saya dan dijadikan amalan.

“Kalau tak suka dengan apa yang saya kongsikan, ‘unfollow’ atau ‘ignore me’. Itu lebih baik!

“Hidup ini macam roda, berputar. KIta tidak akan sentiasa berada di atas. Allah boleh beri dan tarik nikmat-Nya pada bila-bila masa,” tuturnya lagi.