Ketawa kan percuma? Ketawalah, confirm awet muda

0
22
ketawa

1. Hilangkan stress

Bila anda ketawa, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan dan menghilangkan tekanan, penat atau rasa sedih.

2. Merubah emosi

Jika anda merasa putus asa, marah atau bosan, sebuah senyuman akan mengubah keadaan emosi menjadi lebih positif.

3. Awet muda

Bila anda ketawa, otot-otot muka juga akan bergerak. Senyum dan ketawa adalah rawatan awet mudah secara percuma.

4. Merangsang keriangan

Suasana akan menjadi riang dan orang sekeliling juga akan turut bahagia bila melihat anda ketawa.

5. Mengelakkan serangan jantung

Setiap orang disarankan ketawa 15 minit sehari bagi mengelakkan risiko itu.

6. Memperbaiki hubungan sesama manusia

Individu yang mudah membuatkan orang ketawa biasanya lebih disenangi.

7. Meningkatkan paras oksigen

Kita menghela udara dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa ketika ketawa. Tidak balas fisiologi ini akan membantu menyegarkan minda dan meningkatkan daya tumpuan.

8. Melancarkan peredaran darah

Tekanan darah, pernafasan dan kadar denyutan jantung akan meningkat semasa ketawa. Selepas ketawa berhenti, tekanan darah akan kembali normal. Proses ini boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi penderita darah tinggi.

9. Meningkatkan energi positif

Apabila ketawa, tubuh akan terima isyarat bahawa hidup lebih baik.

10. Merembeskan endorfin

Hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam. Ketawa juga ‘menekan’ penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kelesuan.