Sesi soalan jawab bersama Da’i Hamidah Ab Razak, Juara Program Da’i 2015. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah & Agama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Soalan :

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Digalakkan juga untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keterampilan diri terutamanya bagi golongan wanita. Bagi wanita berkerjaya pula, menjadi amalan biasa untuk memakai minyak wangi, bersolek dan mengenakan pakaian yang selesa dan bergaya apabila keluar bekerja.

1. Hukum wanita berhias, bersolek dan memakai bau-bauan demi untuk menjaga kebersihan dan keterampilan diri ketika keluar rumah untuk bekerja.

2. Hukum bagi wanita yang menjalankan perniagaan menjual produk alat solek dan minyak wangi.

Jawapan :

1. Wallahu a’lam sekadar apa yang saya tahu, hukum wanita berhias dan memakai wangian dibolehkan tetapi dengan syarat jangan sampai berlebihan. Jika hendak berlebihan, di rumah sahaja di hadapan suami atau mahramnya.

Firman Allah – “Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang berlebih-lebihan” (Al-A’raaf, 31). Namun jangan sampai tabarruj – “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmy dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu (Al-Ahzaab, 33)

2. Hukum menjual produk alat solek dan minyak wangi. Saya tidak tahu di mana dalil haramnya selagi ia tidak membawa mudarat. Al aslu fil asya’ al ibadah (sesuatu asal hukum adalah boleh melainkan ada dalil yang melarangnya). Jika boleh menjual apa pun selagi ia tidak melanggar syariat dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Wallahu A’lam.