merkuri

Lambakan produk kosmetik di pasaran menjadi satu alternatif kepada pengguna terutamanya wanita untuk nampak lebih cantik dengan kos yang murah dan kesan yang lebih cepat.

Tanpa memikirkan kesan jangka panjang, tentunya ‘pelaburan’ yang murah itu dilihat berbaloi tatkala melihat kulit muka yang dahulunya gelap kusam kini cerah gebu.

Tapi pernahkah anda semak atau ambil tahu kandungan produk kosmetik yang digunakan? Jika produk kosmetik itu mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon, sila buang segera! Ia bukan sahaja mengandungi bahan kimia dan racun berbahaya, malah boleh merosakkan kulit dan mengundang penyakit.

Kebanyakan produk ini mengandungi antara dua hingga 10 peratus merkuri bagi setiap berap produk. Jadi bayangkan betapa banyaknya anda sudah terdedah dengan merkuri yang sangat beracun itu?

Antara kesan jangka panjang penggunaan produk yang mengandungi merkuri.

1. Kerosakan saraf terutama pada tangan. Pesakit akan rasa gatal dan terbakar pada kulit tangan mereka.

2. Badan terasa lemah, menggigil, pening, emosi yang tidak stabil serta mempunyai masalah ingatan yang kurang baik.

3. Warna kulit menjadi pudar (discoloration) dan menggelupas. Kulit juga boleh menjadi kelabu dan bagi yang baru menggunakan produk mengandungi tinggi merkuri boleh berlaku alahan kulit yang teruk.

4. Degupan jantung menjadi laju, perpeluhan yang luar biasa (hyperhidrosis) dan tekanan darah tinggi.

5. Kerosakan ginjal, buah pinggang dan psikosis.

6. Mengganggu perkembangan otak janin dan boleh mengakibatkan kecacatan janin serta otak kanak-kanak.

7. Kanser kulit dan meninggalkan parut pada wajah.