MENJELANG pertemuan antara England dan Croatia pada saingan pembukaan kumpulan D, Euro 2020, Kapten Croatia, Luka Modric memanaskan keadaan dengan melabel media Inggeris sebagai angkuh, lapor beberapa media antarabangsa.

Modric mengatakan keangkuhan itu bukan melibatkan pemain atau pasukan kebangsaan England, tetapi ia lebih menjurus kepada orang sekeliling mereka.

“Ada beberapa wartawan dan pengulas,” jawab Modric merujuk kepada keangkuhan yang dimaksudkan beliau.

Baca artikel berkenaan: Euro 2020: Eriksen stabil, perlawanan Denmark-Finland disambung semula

Croatia pernah menewaskan England dengan jaringan 2-1 pada pertemuan aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 yang lalu.

Rekod pertemuan antara kedua-dua negara itu menyaksikan Croatia telah tewas 5 kali, seri 2 kali dan menang 3 kali ketika bertemu England dan perlawanan mala mini merupakan pertembungan kali kesebelas mereka.

Ditanya mengenenai apa yang beliau harapkan dalam pertemuan menentang Englang di Wembley, Modrid berkata, beliau menjangkakan satu pertemuan sengit.

“Saya jangka pasukan Inggeris akan agresif, bertenaga sebaik sahaja sepak mula dengan sokongan kuat daripada penyokog mereka”.

Namun, beliau mengatakan pasukannya sudah bersedia bagi menghadapi perlawanan menentang pasukan England itu.

“Saya jangka satu perlawanan yang hebat. Terpulang pada kami untuk memberikan persembahan terbaik, sehabis mampu kami.

“Kami sudah bersedia. Kami bekerja keras sejak seminggu yang lalu,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram